Wednesday, November 12, 2008

Majlis Anugerah Kokurikulum Daerah Rompin 2008

Majlis ini di adakan di SK Keratong 3, Bdr Tun Razak pada 12 November 2008. TKRS Rompin memenangi beberapa anugerah iaitu
-Anugerah Murid Cemerlang Kokurikulum (Rendah-Lelaki)-Pertama & ke 2
-Anugerah Murid Cemerlang Kokurikulum (Rendah-Perempuan)- Ke 2 & ke 3
-Anugerah Pasukan Cemerlang Badan Beruniform (Rendah)-Ke 2

Tahniah kepada pemenang.
TKRS Rompin terus maju

Saturday, November 8, 2008

Kurikulum TKRS


1.KEROHANIAN/PENDIDIKAN MORAL
2.KETATANEGARAAN
3.KETAHANAN DIRI
4.BANTU MULA
5.KHIDMAS
6.ALAM SEKITAR
7.KEUSAHAWANAN
8.IKHTIAR HIDUP KEBUDAYAAN

Wednesday, November 5, 2008

Bendera TKRS

 Warna Hijau melambangkan

            a.        Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.

            b.        Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.

c.         Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS.

Cogan kata KRS/TKRS ’ ILMU IMAN AMAL’                     

             a.        ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS.

             b.        IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri. 

c.       AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya   hidup sihat  yang berterusan merupakan natijah daripada  kekuatan intelektual dan disiplin diri.

 

Logo TKRS


Pengertian logo

  1.  Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala   yang tidak sihat.
  2.  Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.
  3. Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
  4.  Buku yang terbuka dan rehal    melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
  5.  Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
  6.  Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.
  7. Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.
  8. Warna putih melambangkan   keikhlasan serta kesucian.

 





RASIONAL

1. Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam Pasukan Pakaian Seragam.

2. Adalah diharapkan Kadet Remaja Sekolah / Tunas KRS dapat membantu mengatasi masalah salahlaku di kalangan murid-murid sekolah seperti penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana.

3. Memenuhi inspirasi dan permintaan masyarakat masa kini yang memerlukan satu usaha pembinaan generasi baru secara komprehensif dan cemerlang dengan mendapat sokongan padu daripada semua pihak.

4. Aktiviti KRS diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilimu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara





MATLAMAT

Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat Wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020.


OBJEKTIF

1 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara.

2 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang , kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

3 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional.

4 Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan
mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra.

5 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi
pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

Pendahuluan



SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS )

Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) ditubuhkan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (pengasas) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati,Kuala Lumpur. TKRS ditubuhkan khas untuk murid-murid sekolah rendah sepertimana Kadet Remaja sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah.

Monday, November 3, 2008