Wednesday, November 5, 2008

Pendahuluan



SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS )

Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) ditubuhkan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (pengasas) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati,Kuala Lumpur. TKRS ditubuhkan khas untuk murid-murid sekolah rendah sepertimana Kadet Remaja sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah.